Permohonan UPU 2017 Online Kemasukan Ke Universiti Awam/IPTA, ILKA Dan Politeknik. Panduan buat para pelajar lepasan SPM, STPM, Diploma, Matrikulasi yang berhasrat untuk menyambung pengajian tinggi ke UA/ IPTA, Politeknik dan ILKA sesi 2017/ 2018 online.
Berikut dikongsikan cara membuat permohonan UPU sesi kemasukan 2017/ 2018 secara online. Senarai kategori permohonan UPU pula boleh dirujuk di Laman Web UPU.
Sebagai makluman, untuk mengemukakan permohonan serta mengakses sistem borang permohonan UPU online, setiap pemohon perlu (wajib) membeli nombor unik ID UPU di Bank Simpanan Nasional (BSN). Jualan akan dibuka pada tarikh yang ditetapkan.
Program Asasi / Diploma : Pemohona Lepasan / Lulusan SPM (SETARAF)
Semua pemohon yang berkelayakan SPM tahun 2016, 2015 dan 2014 berpeluang untuk mengemukakan permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) berdasarkan kelayakan serta minat pemohon bagi peringkat pengajian Asasi / Diploma sesi akademik 2017 / 2018
Program IJjazah Sarjana Muda : Pemohon Lepasan / Lulusan STPM (SETARAF)
Semua pemohon yang berkelayakan STPM, STAM, Matrikulasi / Asasi, Pra-U Sekolah Sukan dan Diploma berpeluang untuk mengemukakan permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA) berdasarkan kelayakan dan minat bagi peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda sesi akademik 2017 / 2018
Semakan Syarat Dan Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan
Setelah mengenalpasti kategori masing-masing, pemohon boleh membuat semakan syarat khas dan senarai program pengajian yang ditawarkan mengikut kategori tersebut sebagai maklumat atau rujukan awal sebelum membuat permohonan.- Sila Klik Link e-Panduan Permohonan Kemasukan ke Universiti Awam / Politeknik Premier
- Sila Klik Link e-Panduan Permohonan Kemasukan ke Politeknik Konvensional / METrO, Kolej Komuniti & ILKA
Permohonan UPU
Tarikh permohonan akan dibuka pada 6 februari 2017 bermula pada jam 12 Tengah Hari dan akan ditutup pada 31 Mac 2017 pada jam 11.59 pm.* Tarikh permohonan buka / tutup adalah rasmi. Sila buat permohonan mengikut ketetapan tempoh tarikh dan masa yang dinyatakan.
Permohonan ke UiTM
Permohonan kemasukan pelajar ke UiTM bagi sesi akademik 1 2017/2018 bagi :- Penerapan/ Profesional/ PLK dibuka mulai 16 Januari hingga 3 April 2017. Layari online.uitm.edu.my
- Lepasan SPM/ setaraf, STPM/setaraf & Diploma/ setaraf dibuka mulai 6 Februari hingga 31 Mac 2017. Layari upu.mohe.gov.my
Cara Memohonan UPU 2017 Online
Berikut dikongsikan cara-cara membuat permohonan UPU 2017 secara online.LANGKAH PERTAMA
Beli nombor pin Unik ID UPU (nombor Pin UPU) di kaunter atau mesin ATM Bank Simpanan Nasional seluruh negara. Tarikh akan dimaklumkan kemudian.
Terdapat beberapa kategori untuk dipilih, sila pilih dengan betul untuk mengelkkan berlaku masalah.
Kategori A : Untuk lepasan SPM/Setaraf, SKM, Sijil Politeknik, Sijil Kolej Komuniti, Sijil ILKA
Kategori B : Untuk lepasan STPM/Setaraf, Matrikulasi KPM/PASUM/Asasi, Diploma/Setaraf, STAM, Diploma Politeknik
LANGKAH KEDUA
Isi borang permohonan UPU secara online melalui laman web Aplikasi Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar di pautan berikut:
- Laman Web UPU
Sekiranya anda telah mendaftar, sila login dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah dimasukkan semasa Daftar Kali Pertama dibuat.
Selepas klik, sila pilih Jenis Permohonan, Program Pengajian & Kategori (jika berkenaan) dan klik butang “Masuk” untuk akses ke laman utama permohonan.
- Syarat baru keputusan Malaysian University English Test (MUET) untuk kemasukan ke UA/ IPTA.
- Untuk makluman, pemohon tidak perlu mengisi keputusan MUET di borang permohonan. Padanan keputusan MUET akan dibuat dengan Majlis Peperiksaan Malaysia bagi MUET dalam tempoh sah laku (5 Tahun).
- Tarikh akhir penghantaran dokumen ke Universiti Awam kecuali UiTM bagi calon kategori Diploma/ Setaraf adalah pada tarikh *yang akan diberitahu kelak.
- Pemohon lepasan SPM tahun semasa tidak perlu mengisi sebarang keputusan SPM. Padanan akan dibuat dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia
Maklumat Terkini UPU
Bagi mengikuti sebarang maklumat terkini ataupun pertanyaan, pemohon disarankan hanya melayari laman sosial Facebook rasmi dan Portal rasmi UPU melalui judul pautan di bawah- Sila Klik Link Facebook Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT)
- Sila Klik Link Portal Rasmi UPU Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
Sebelum membuat sebarang pertanyaan, sila rujuk terlebih dahulu dalam ruangan komen di FB rasmi UPU kerana setiap soalan yang sering ditanya oleh pemohon telahpun dijawab oleh Admin / Moderator FB rasmi UPU
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi talian helpline (03) 8870 8200, (03) 88706767 atau (03) 8870 6777.* Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 7.30 pagi – 5.30 petang.
atau melayari Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di upu.mohe.gov.my