Malaysia Scholarshis 2016

BANTUAN DAN PINJAMAN PENDIDIKAN FELDA 2017

https://blogfeldasts.files.wordpress.com/2012/11/images-31.jpg

BANTUAN DAN PINJAMAN PENDIDIKAN

SIAP
1) Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP) mula diperkenalkan pada tahun 2004 bertujuan meringankan beban kewangan anak-anak Peneroka dan sebagai sumbangan sagu hati FELDA kepada anak-anak peneroka yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma dan Ijazah ke IPTA/IPTS yang terpilih.
2) Syarat kelayakan permohonan SIAP adalah seperti berikut;
  • a. Terbuka hanya kepada Anak Peneroka, Anak Tiri Peneroka atau Anak Angkat Peneroka yang berdaftar secara sah (sertakan salinan surat pendaftaran atau surat pengesahan)
  • b. Mendapat tawaran peringkat Diploma dan Ijazah ke IPTA/IPTS yang terpilih
  • c. Had Umur – Diploma (18 – 23 tahun)
  • Ijazah (18 – 25 tahun)
3) Permohonan insentif ini mestilah dibuat di Pejabat Rancangan FELDA masing-masing dengan mengemukakan salinan dokumen tersebut yang telah disahkan;
  • a.Surat tawaran rasmi kemasukan ke IPTA / IPTS yang terpilih
  • b.Kad Pengenalan pemohon
  • c.Kad Pengenalan Peneroka (ayah, ibu, atau penjaga)
  • d.Penyata Pendapatan peneroka (paysheet) terkini
4) Pemohon yang tidak layak mendapat bantuan ini adalah seperti berikut;
  • a.Peneroka atau anak peneroka yang menetap di luar rancangan
  • b.Pelajar yang mendapat tawaran ke Matrikulasi / Program Asasi
  • c.Pelajar yang mendapat tawaran ke peringkat Sijil / Pra / Matrikulasi / Asasi (Foundation) /Briged politeknik / Sarjana (Master) / Doktor Falsafah (PhD)
  • d.Pelajar di bawah Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) / Program separuh masa (part-time) / pemohon yang telah bekerja
  • e.Penerima Dana Khas Pelajar Cemerlang ke Luar Negara FELDA / pelajar yang mengikuti Kursus Latihan Kemahiran FELDA
     
    UNTUK LEBIH LANJUT SILA KE LAMAN RASMI KLIK SINI


'); FB.XFBML.parse( ); }); //]]>