Post Top Ad


Wednesday, December 20, 2017

Pinjaman Pemboleh Ubah Perkeso 2017

 

INFO BIASISWA

Pinjaman ini ditawarkan kepada pemohon yang merupakan anak tanggungan penerima faedah dibawah PERKESO. Pinjaman ini adalah dalam bentuk pemboleh ubah dimana jika pemohon mendapat keputusan kelas pertama, pinjaman ini akan bertukar kepada biasiswa.

TARIKH TUTUP

Dec 31, 2017

KRITERIA

A. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN PINJAMAN

  • Pemohon hendaklah anak tanggungan kepada penerima faedah berikut :
    • Faedah Orang Tanggungan (FOT)
    • Pencen Penakat
    • Pencen Ilat
    • Faedah Hilang Upaya Kekal secara berkala

  • Belum mencapai umur 21 tahun semasa mengemukakan permohonan atau Sekiranya telah mencapai umur 21 tahun, pemohon mestilah pernah menerima pinjaman PERKESO sebelumnya di peringkat Sijil / Diploma secara berterusan dan merupakan anak tanggungan penerima Faedah FOT / Pencen Penakat.
  • Belum Berkahwin
  • Telah menerima tawaran daripada mana-mana Pusat Pengajian Tinggi dalam negara bagi mengikuti pengajian sama ada di peringkat Ijazah Pertama, Diploma atau Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 hingga Tahap 3
  • Telah membuat permohonan pinjaman dengan agensi pemberi pinjaman lain tetapi permohonan tersebut ditolak/gagal
  • Pengajian dalam Malaysia sahaja
  • Mod pengajian sepenuh masa
  • Baki tempoh pengajian semasa memohon mestilah tidak kurang satu (1) tahun
  • Jumlah kos yuran pengajian tidak melebihi kadar had maksima yang ditetapkan iaitu RM100,000.00 tidak termasuk perbelanjaan sara hidup
  • Bagi pemohon yang menerima tawaran pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Kolej atau Universiti berkenaan hendaklah telah beroperasi sekurang-kurangnya dua (2) tahun dan penubuhannya diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi, Malaysia (KPM)
  • Bagi pemohon yang mengikuti kursus pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), kursus yang diikuti mestilah telah diluluskan oleh Jabatan Pengajian Tinggi KPM
  • Bagi pemohon yang mengikuti kursus pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah di IPTS, kursus yang diikuti mestilah telah diluluskan oleh Jabatan Pengajian Tinggi, KPM dan telah memperolehi Sijil Perakuan Akreditasi Penuh/Provisional daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang masih dalam tempoh sah laku
  • Bagi pemohon yang mengikuti pengajian di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 sehingga Tahap 3, kursus yang diikuti hendaklah mendapat sijil pentauliahan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia dan sijil tersebut mestilah dalam tempoh sah laku
  •  Bagi pemohon yang mengikuti pengajian di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 sehingga Tahap 3, kursus yang diikuti hendaklah mendapat sijil pentauliahan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia dan sijil tersebut mestilah dalam tempoh sah laku
  • Sekiranya kelayakan pemohon berbeza daripada yang disyaratkan, pengesahan bahawa kelayakan tersebut setaraf dengan kelayakan yang disyaratkan hendaklah diperolehi daripada Jabatan Pengajian Tinggi, KPM dan telah memperolehi Sijil Perakuan Akreditasi Penuh/Provisional daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang masih dalam tempoh sah laku dan untuk kemahiran,  sijil pentauliahan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia dan sijil tersebut mestilah dalam tempoh sah laku.
  • Kewangan keluarga tidak dapat menampung perbelanjaan pengajiannya

PERHATIAN:
Jika anda tersenarai dalam kategori dibawah, anda tidak layak memohon pinjaman ini:
  • Pelajar sekolah rendah atau menengah
  • Adik-beradik orang berinsurans
  • Pelajar peringkat matrikulasi/ pra/ asasi/ foundation/ sarjana/PhD
  • Pemohon yang pernah mendapat pinjaman PERKESO tetapi gagal / berhenti / membatalkan pinjaman sebelum tamat pengajian tidak layak memohon pinjaman kali kedua kecuali sekiranya telah menyelesaikan penuh baki Pinjaman semasa. Pembiayaan pinjaman hanya diberi untuk tempoh pengajian semasa sahaja

CARA MEMOHON

Permohonan pinjaman pendidikan perlu dibuat dengan memuat-turun borang PERMOHONAN DENGAN KLIK DISINI.
Kemudian, kemukakan bersama dokumen-dokumen seperti berikut:
  • 1 keping gambar terkini pemohon berukuran passport
  • 1 salinan sijil kelahiran yang telah disahkan
  • 1 salinan kad pengenalan yang telah disahkan
  • 1 salinan keputusan peperiksan peringkat PMR, SPM, STPM, Sijil, Foundation/ A-Level / Matrikulasi / Diploma yang telah disahkan
  • 1 salinan sijil berhenti sekolah menengah yang telah disahkan; vi. Surat Tawaran Asal kemasukan ke IPT
  • Surat pengesahan pendaftaran diri dari IPT / resit pembayaran pendaftaran/ salinan kad pelajar
  • Surat daripada IPT mengikut format PERKESO berhubung pengesahan kos yuran pengajian mengikut semester akademik terkini.